Perkhidmatan

Perkhidmatan Koperasi KOOP

Tabung Pendidikan

Sumbangan pengajian pendidikan tinggi kakitangan, anggota dan anak-anak anggota. Hadiah kecemerlangan anak-anak anggota. Aktiviti meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. 

Skim Pinjaman Qardul Hassan

Skim bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan seperti anggota atau ahli keluarga terdekat yang sakit dengan mendapatkan akuan sah, anggota atau isteri bersalin, terlibat dengan bencana alam seperti banjir, kebakaran, atau apa-apa yang dianggap kecemasan oleh lembaga, mengadakan majlis keraian seperti perkahwinan dan apa-apa yang diluluskan oleh pihak lembaga. 

Tabung Infaq

Tabung untuk membantu anggota yang memerlukan kerana ditimpa musibah

Tabung Khairat

Tabung untuk tujuan sumbangan khas kerana kematian anggota, suami/isteri, ibubapa anggota dan anak anggota. 

Tabung Sumbangan Kebajikan

Membantu anggota dalam menjayakan projek usahawan, membantu anggota atau anak anggota berwalimatulurus